الثلاثاء، 11 أغسطس 2020

Travelog Musafir Jalanan - 9 ~ Amanah dan Mehnah (Ujian) ~

Sekitar Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) | Foto ...


بسم الله الرحمن الرحيم


Tulisan, sudah lama membeku,

Kerana,

Jari jemari sudah lama kaku,

Ilham setiap saat datang setiap saat berhenti,

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani,

Saat ini, aku cuba buka mata tenangkan hati, fikirkan kembali, ilham dari Ilahi,

Yang sudah lama aku ‘bekukan’, sudah lama aku 'sisihkan'..

 ---------------------------------------------------------

“Ustazah, macamana kalau saya jawab TIDAK pada soalan ini”, soal seorang murid dari tahun 6 sambil menekan-nekan pensilnya di atas helaian kertas jawapan.

“Apa soalannya”, aku bertanya ragu-ragu, kerana harini merupakan giliran mereka (murid tahun 6) menjawab ujian Psikometrik, di kertas jawapannya hanya ada dua pilihan jawapan, YA atau TIDAK.

Aku menjenguk ke meja murid tadi untuk membaca soalannya. ‘‘Adakah anda percaya bahawa suatu hari nanti anda akan mati?’’.

“Jawapan saya TIDAK ustazah, boleh ke saya jawab begitu?” tanyanya sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

“Ustazah nak tanya, agama awak apa?” sambil mata melilau ke arah meja murid, jelas terpampang namanya yang berbinkan ayahnya.

“Mestilah islam ustazah, minggu lepas kan saya ada tasmi’ al-quran dengan ustazah”. “Baik, agama islam, kenapa awak boleh jawab TIDAK kepada salah satu qada’ dan qadar Allah?, kematian adalah merupakan qada’ dan qadar Allah yang wajib kita beriman dengannya”. “Rukun iman, ada berapa?” Aku meneruskan pertanyaan, sambil melihat jam di tangan, lagi 30 minit baki masa yang diberi untuk menjawab kesemua 60 soalan psikometrik.

“Saya tak ingat la ustazah”. Ujarnya sambil senyum-senyum.

“Astaghfirullah, rukun iman ada 6 Haziq”, aku mencelah sambil menggeleng-gelengkan kepala tanda kecewa, masakan tidak, umur 12 tahun belum arif lagi tentang bilangan rukun iman, rukun islam? Wallahua’lam. “ Percaya kepada Allah, percaya kepada Malaikat, percaya kepada Kitab Al-quran, percaya kepada Rasul, percaya kepada hari kiamat dan yang keenam percaya kepada Qada’ dan Qadar”.

 “Haziq, sebagai seorang yang beragama islam, kita perlu beriman (percaya) kepada Qada’ dan Qadar yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t, soal hidup atau mati bukan terletak di tangan kita, Allah, hanya Allah yang berhak menentukan bila dan bagaimana kita akan mati, kita hanya perlu percaya (beriman) dengannya tanpa ragu-ragu.

“Tapi ustazah, ini kan soalan psikometrik, bukan soalan ujian pendidikan islam, seolah-seolah dia tanya pendapat saya, saya bebas untuk menjawabnya YA atau TIDAK, jadi boleh la kan saya jawab TIDAK?”. Umurnya baru belasan tahun, ya 12 tahun, sebentar lagi, lagi beberapa bulan dia akan menginjak ke alam remaja, sekolah peringkat menengah, tapi masih tidak mampu untuk membezakan antara percaya atau pendapat.

Akhirnya, aku menyimpulkan persoalannya tadi dengan sepotong ayat dari Al-quran, 

 "((tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati))”. “Haziq, balik rumah, lepas solat buka quran surah al-imran ayat 185, baca ayat dengan tafsirnya sekali”. 

Aku mengharapkan bahawa esok  masih ada lagi peluang untuk bertanya dan mendengar sendiri darinya, serta menjelaskan kembali tentang maksud beriman kepada Qada’ dan Qadar Allah, antara 39 orang murid hanya dia seorang sahaja yang mengangkat tangan bertanya tentang soalan yang satu itu, jadi bila murid tidak faham tidak mesti tidak, gurulah yang perlu membimbing murid supaya faham tentang ilmu, ilmu dunia (subjek sains, matematik dan sebagainya), Ilmu akhirat (akidah, tauhid, adab, al-quran dan sebagainya), ilmu akhirat, ya ilmu akhirat lebih-lebih lagi bagi guru yang mengajar  subjek pendidikan islam.

 -----------------------------------------------

Dunia makin maju, bumi semakin tua, tahun hijrah sudah masuk 1441 tahun, jadi apa lagi yang perlu kita terapkan kepada generasi sekarang melainkan dengan menyeimbangkan pengetahuan tentang ilmu dunia dan akhirat, jika dunia yang dikejar maka berciciranlah akhirat, jika akhirat yang dikejar maka berbahagialah kita dengan kebaikan yang diperolehi semasa hidup diatas dunia ini.

Tugas guru, dulu aku fikir tugas seorang guru hanya masuk ke kelas dan mengajar, kemudian tamat sahaja masa pembelajaran guru akan keluar begitu sahaja, jadi waktu itu aku sebagai seorang murid hanya menerima ilmu, memahami dan menghafal tanpa mengamalkan. Apa yang diajar hanya ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sekarang, tiba masa Allah mengamanahkan diri ini untuk merasai sendiri bagaimana beratnya tanggungjawab seorang guru, memikul ilmu antara sekadar menyampaikan atau memberikan kefahaman kepada murid.

Sahabat, apa kaitannya dengan perbualan diatas? Ya peranan seorang guru pendidikan islam, kita mendidik kita mengharapkan murid supaya terdidik, sebab itu jika kita dilontarkan berbagai persoalan oleh murid-murid kita perlu menjawab dengan memberi kefahaman kepada mereka dengan sewajarnya sebagai seorang yang mengajar subjek agama islam.

Terbit rasa bersalah, ya, kerana aku tidak sempat untuk menghuraikan dengan lebih terperinci tentang persoalan murid itu tadi. Beza, berbeza  sangat berbeza antara didikan ibu ayah serta didikan seorang guru, jika di rumah para murid lebih cenderung untuk bertanya kepada ibu ayah segala persoalan yang bermain di minda termasuklah bab-bab ilmu agama ini, jadi sangat penting bagi ibu bapa untuk menerapkan ilmu agama di dalam diri masing-masing, kerana anak-anak ni jika kita tersalah acuan dalam mendidiknya maka salahlah pemahamannya.

Bagi guru pula, jika di sekolah guru-guru lebih cenderung untuk memberi kefahaman dan persoalan kepada murid-murid, maka ini juga merupakan amanah yang sangat berat yang perlu guru-guru tekankan di dalam aktiviti pengajaran seharian, di sekolahlah minda murid-murid sangat terbuka untuk bertanya persoalan-soalan yang pernah ditanya ketika di rumah atau persoalan yang belum ditanya di rumah.

Pernah suatu hari di kelas tahun 2, subjek al-quran, aku bertanya pada seorang murid perempuan, “kenapa Ain tidak bawa tudung, inikan subjek al-quran, kalau nak mengaji perlulah menutup aurat, rambut awak ni aurat”. Tanya aku pada seorang murid. “Ibu tak bagi pakai tudung kalau pakai baju biasa, ibu cakap perlu pakai tudung hanya ketika saya pakai baju kurung sahaja”. Ujarnya.

Aku tersentak seketika, jika beginilah didikan yang murid-murid dapat di rumah maka begitulah kefahaman yang mereka dapat, tidak salah untuk memberi kelonggaran kepada anak-anak yang masih berumur 8 tahun, tapi salah tetap salah bila memberi didikan yang salah.

Jadi, bila murid berada di sekolah, tugas gurulah pula yang akan membetulkan apa yang salah, menasihati apa yang tersalah, memberikan kefahaman dan juga dorongan kepada para murid untuk terus berusaha dan istiqamah dalam menuntut ilmu.

 

 -----------------------------------------------------------------------

 Inilah,

Secebis pengalaman yang ingin dikongsi,

Sebenarnya, banyak lagi, cuma apa yang penting tugas guru itu sendiri, mendidik, terdidik.

Skop kerjanya ringan jika dilihat dari mata kasar, namun tetap berat dalam memberikan didikan yang betul kepada murid-murid.

Kata sahabat “Allah, sue, opsyen kita guru agama, tugas yang berat, rasa tak layak pula”

Dengan lafaz bismillahirrohmanirrohim, semoga kakiku tidak goyah, sabarku tidak terpadam.

Jika guru mengajar dengan adab,

Murid-murid akan beradab,

Mengukir senyum terkadang ada terkadang tidak,

Itulah bukti guru memikul amanah yang berat,

Semoga Allah memudahkan kefahaman,

Kepada para murid,

Supaya mereka menjadi rajin dan beradab,

Dan,

Semoga Allah mengurniakan Rahmat,

Buat guru-guru yang jauh dan juga dekat.

 

 --------------------------------------------------------------------------------

Guru mendidik, murid terdidik.

Murid bertanya, Guru terdidik.

 

 

#Ilham dari Ilahi

#Tinta dari hati.

 







































































السبت، 8 يونيو 2019

Syawal 1440 H - Kenanglah kembali Ukhuwwah kerana Ilahi.


بسم الله الرحمن الرحيم

Saudara Mara Sebelah Arwah Abah - Kelantan



Memo syawal 1440 H.  

   "Bikah-bikah naik Van kalu dok abah tingga (cepat2 naik Van kalau tak abah tinggal)" suara ini masih terngiang2 di mindaku, ya ayat inilah yang selalu disebut arwah abahku setibanya syawal pada waktu dahulu. Dulu, ketika aku masih kecil, juga abang2 serta kakak2ku ketika itu masih lagi bergelar 'bujang' setara umur masing-masing, takkan terlepas dari kenangan itu. Usai sahaja solat hari raya aidilfitri abah sudah bersedia dengan jiwa raganya, menghidupkan enjin Van putih kesayangannya, sambil menyuruh anak-anaknya lekas bersiap untuk pulang ke kampung halaman kami. Pernah satu masa tu, ketika Van putih abah sedang bergerak keluar dari halaman rumah tiba-tiba terdengar suara sahutan daripada jauh "tunggu-tunggu" , abangku terlepas Van, kami bergelak sakan sambil abah mencelah "tulah, abah oyak doh, lepah maye rayo nok balik kapong, keno siap awal la (itu la, abah dah pesan awal-awal, lepas solat hari raya nak balik kampung, kena bersiap awal-awal)" sambil hon kereta ditekan-tekan abah "cepat-cepat" . 

 Kami 13 beradik berhimpit-himpit duduk di ruangan tengah dan belakang Van, seingat aku ketika itu aku masih kecil, umur dalam 5 tahun, jadi tak peliklah jika aku rasa selasa duduk di bangku depan Van, aku dan adikku shahidan, serta 'co-pilot' yang setia disisi abah, umiku. Memang rutin abah, jika tibanya hari raya kami mesti akan berkunjung ke rumah saudara mara, memang meriah, dengan van putih abahlah kami berkunjung, dari rumah ke rumah, saudara belah arwah abah ramai di kawasan kota bharu, saudara belah umi pula ramai di kawasan Thailand, memang tak kosong la beg duit raya kami, ziarah rumah tu dapat ziarah rumah ni dapat, yang seronoknya lagi bila dapat jumpa sepupu sepapat di Tumpat.


Saudara Mara Sebelah Arwah Umi -Thailand

Di Thailand pula biasanya kami akan beraya sampai ke kawasan Narathiwat, ingat lagi dulu ssetiap kali abah hendak beraya ke narathiwat abah akan bawa kami naik kereta 'legend' Thailand yang tak beratap, memang penuh satu kereta, terkadang juga sampai dua buah kereta kena bawa, lalu jalan kampung Thailand, hirup udara 'segar' di jalan raya itu sudah biasa bagi kami. Itulah kenangan kami adik beradik waktu kecil cili padi dahulu, dulu aku tidak mengerti lagi kenapa abah begitu bergegas dan galak untuk pulang beraya di kampung serta rumah saudara mara yang ramai itu, aku fikir itu sekadar rutin biasa bila menjelangnya raya, iyalah pergi beraya makan- makan dapat duit raya balik. Jiwa kecil, hati kecil, pemikiran ku juga kecil, namun sekarang bila aku sudah menginjak dewasa, baru ku kenal erti ziarah raya abah suatu masa dahulu, abah tahu yang beliau akan pergi dahulu awal-awal jadi awal-awal lagi abah dah didik anak2 cara untuk bersilaturahim, kenal saudara mara yang jauh juga dekat. 

Dari situ abah ajari kami bahawa bersilaturahim lah yang membuat hidup lebih bahagia, dulu gajet di tangan memang tidak ada, yang ada hanyalah fungsi tangan untuk bersalam, hati untuk mengenal, mulut untuk berkongsi bicara, serta kotak fikiran untuk menyimpan kenangan. Abah ajarkan lagi bahawa bila bersilaturahim ni hati yang gundah akan mampu damai, terkadang diri yang tak mampu untuk senyum pun akan turut tersenyum dengan melihat gelagat dan telatah saudara mara . Allah, rahmatnya sebuah silaturahim yang terbina. Sudah bertahun arwah abah dan umi meninggalkan kami ke tempat yang abadi, alhamdulillah walau abah dan umi sudah tiada ingatan kami kepada saudara mara tidak pernah padam, setiap kali menjelangnya Aidilfitri kami pasti akan bergegas pulang ke kampung halaman ini, inilah sahaja 'harta' dunia akhirat kami, harta ikatan silaturahim yang menjadikan bekalan hablu mina nnas di akhirat nanti, umi dan abah pasti senyum di sana. Al-fatihah buat arwah umi abah yang mendidik kami menjadi 'sebaik2' insan yang menjaga iman dan ihsan. Semoga aku tidak lupa akan pesan-pesan Abah. Wallahua'lam.


------------------------------------------------------------

Jadikan setiap saat dalam hidup kita sebagai kunci untuk bahagia, 
Usah dipertikai  bagaimana silaturahim itu terbina,  
Jika rasa tidak tenteram dengan silaturahim yang dibina,
baliklah kepada hati kita,  
kerana sebaik-baik insan itu adalah mereka yang mampu menghisab dirinya sendiri
serta akur dengan 'janji-janji' Robbi...
Ukhuwwah itu disemai dengan ikhlasnya bicara dan hati,
kerana Hikmah,
Hikmah itu ada pada setiap hati,
Hati yang berpegang teguh pada janji Robbi.
Tersentuhlah wahai sekalian 'hati',
Kerna nyatanya ukhuwwah itu tidak pernah sepi,
Cuma kita sahaja yang ingin menyepi...




#travelogMusafirJalanan
#BawaHatiMenujiIlahi
#IlhamDariIlahi Tinta Dari Hati.
#Bacalah dengan Matahati


الثلاثاء، 4 يونيو 2019

Ramadhan 1440 H - kembara Hati

Masjid Sultan Abdul Aziz (M.Cik Z)

Ramadhan 1440H - Kembara Hati 🌸

Rabu 6/5, "Eh adik, jangan baca quran kuat2 nanti tok imam marah" tegur m.cik itu, "Owh maaf ya m.cik". "Dik jomlah masuk tadarus sekali nanti " m.cik itu meneruskan bicaranya. "Tadarus tu kat mana m.cik? siapa ja yang join? " sambil jari sedang ligat membelek2 helaian quran. "Owh, di dewan sebelah ni ja, jomlah, m.cik2 dan p.cik2 ja yang ada,  kami memang akan join tadarus kat sini spnjg bulan ramadhan ni, tadarus hari rabu dan khamis". "Eh jomlah, dapat pahala tau". "Ye m.cik sekejap lagi saya pergi ya". "Ok m.cik pergi dulu ya" sambil melebarkan senyuman. Selepas bersiap, aku bergegas ke dewan tadarus tersebut, Allah alangkah tersentapnya rasa hati bila melihat m.cik2 dan p.cik2 sedang sabar menunggu ustaz untuk meneruskan halaqah tadarus al-quran. "Assalamualaikum, m.cik boleh saya duduk di sini? " tanya aku sambil senyum2. "Iya, boleh dik, duduklah", aku duduk sebentar sambil berbual dengan m.cik2 yang ada disitu, sambil2 juga mata melilau di setiap sudut dewan tu, "eh, mana m.cik tadi?" bisik hatiku. "Eh adik tadilah" kedengaran suara yang pernah aku kenal, "Owh m.cik" pap2 kerusi kayu itu ditepuk2 membuang habuk di kerusi yang sedikit berhabuk, m.cik itu duduk berhadapan dengan aku, sambil tangannya diletakkan ke atas meja "eh, kamu pandai mengaji tak " m.cik itu meneruskan bicaranya, "alhamdulillah bolehlah sikit2 m.cik", aku sekali lagi melebarkan senyuman. "Kalau macamtu bolehlah kamu ajar m.cik mengaji ya? ", "Insya Allah boleh m.cik". "Kalau begitu jomlah kita ke sana, kamu ajar aku mengaji, jom2" sambil tangannya laju mencapai lengan kiriku menuju ke hujung dewan, kami bergerak ke hujung dewan sambil membawa senaskhah al-quran. "الر ۚ تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ وَقُرْآنٍ مُّبِينٍ (1)" "m.cik dah baca alfatihah ke? " , "dah,  aku dah baca dlm hati " , "Owh boleh gitu ya" , "iyalah bolehlah" geli hati aku. Sepanjang m.cik tu meneruskan bacaan al-quran banyak kali juga aku tegur bacaannya sampailah satu tahap "dik, m.cik memang takboleh org tegur, lagi orang tegur bacaan m.cik lagi m.cik taknak membaca " aku tersentak sambil lututku menghala kelutut m.cik tu aku meneruskan bicara "m.cik, nak belajar mengaji ni kita kena berguru, semakin sombong hati kita untuk taknak rujuk guru semakin salahlah bacaan al-quran kita, semua jenis ilmu atas dunia ni ada rujukannya, lebih2 lagi ayat suci al-quran ini, makin gigihlah kita perlu merujuk gurunya". "Iyalah dik, ok m.cik sambung baca ya, kamu kena tengok ni, nanti dosa plak kalau baca salah " , "iya m.cik". M.cik tu meneruskan bacaannya sambil berusaha untuk memperbetulkan menyebut kalimah2 yang sukar disebut". "Sadaqallahul'azim, eh ustaz dah datang, jom2 cepat nanti ustaz marah kalau lambat " . Kami bergegas ke tengah dewan, duduk merapat di dalam halaqah, alhamdulillah dapat rasa tarbiah di sini, tenang rasa hati bila dapat berbual dengan m.cik2 dan p. Cik2 di situ, terubat sebentar rasa rindu kpd arwah umi dan Abah.  

 Usai sahaja halaqah quran tadi m.cik tu dtg lagi"eh suraya jomlah kita gi klcc, kat sana ada buat tadarus juga, siap bagi duit lagi, jom jom " (saambl tunjuk mukal xcitednya) takpala m.cik saya kena balik ni,  esok kerja " aku lebarkan lagi senyuman mengubat rasa kecewa m.cik tu. Kami berlalu pergi dari masjid itu dengan tujuan masing2, aku balik ke rumah, m.cik tu ke klcc. Hari berganti hari, silih berganti, 30/5/19, aq menjejakkan kaki lagi di masjid ini,  kali ni niatku hanya satu, utk brbuka puasa dan tarawih di sini, yelah sebab 1/6 nanti nak bertolak balik klantan dah, jadi inilah terawih trakhir aku di masjid ini, sprti biasa bila singgah di masjid itu aku pasti akan solat asar di situ, usai solat asar aku melihat Jam ditelfon "Allah Lama lagi nak brbuka ni" aq capai senaskhah al-Quran yg ada di situ, bru ja hendak memulakan basmalah "Eh suraya, lama tak nampak kamu ya. "Eh m.cik" , "lepas maghrib nanti m.cik nak ke klcc, nak qiamullail kat sna, jomlah, lpas tarawikh ada moreh tau " . "Owh m.cik nk tido kat sana ke? " "yelah,  jomlah surya ", "maaf m.cik sy takboleh nk join jugak kalini sbb pgi esok sy kna jumpa doctor " "ish kamu ni " sambil matanya menjeling2 kembali ke naskhah alquran. "Haha, m.cik dh boleh baca ke quran? Ok dah? Lama sgt tak jumpa m.cik ni harini bru blh tnya,. "Ehm bolehhh, m.cik byk guru, bkn kamu sorang je, lancar dh ni baca tengok2" , alhamdulillah bila aku dengar bacaan quran dia mmg semakin lancar, selancar ushanya yg gigih. "Takpala m.cik sambunglah baca quran, jap m.cik nnti sy nk amik gmbr m.cik tau nk selfi " , "takpayah la, aku bkn cantik pn, takpayah ", "Semua manusia tu cantik m.cik, sy tgk dgn mata hati " , "Alah kamu ni, takpayah la m.cik tak cantik " . "haha ok lah m.cik". Jam 7.oo mlm "Allah nk msuk waktu brbuka dh ni " aku bergegas bangun keluar dari tempat solat,  diruangan luar masjid aku lihat mnuman mineral sudah trsusun rapi, ya susun ikut susunan utk mkn brjemaah, mata aku meliar mencari ruang kosong utk aku duduk "ramai sgguh org harini" bisik hatiku sambil duduk diruang kosong yg ada,  5 minit berlalu, "mcm xbest plak xtegur org sebelah " aku rasa bosan dan pelik, sbb biasanya aku akn tegur org sebelah yg aku tak kenal, biasalah utk ajak brbual brbanding terus trperuk dgn rasa sunyi dan boring "assalamualaikum" aku hulurkan tgn kearah m.cik disebelah,  "waalaikumssalam " m.cik itu mnyambut salam dgn senyum mesra. "m.cik tggal kat mna? " "Dekat2 sini jugak, m.cik dulu meniaga kat masjid jamek tu" "Kawasan prniagaan yg trbakar tu ke cik?  "ye, kedai m.cik pn trbakar" "Allahu, sabar ya m.cik" "iya, m.cik bersyukur sbb m.cik selamat, cuma tulah brg jualanlah"  "m.cik sabar ya, sbb Allah takkan uji kita di luar kemampuan kita" "tapi m.cik tak mampu".

Suasana Iftar di masjid Sultan Abdul Aziz, KL


"Beginilah m.cik, ada kata2 nasihat yg seingat sy bunyinya begini, apabila Allah uji kita bermkna Allah nk hapuskan dosa2 kita yg lalu, nk sucikan balik hati kita " "Allah t.kasih dik" m.cik tu snyum smbil tngn kanannya menepuk bahu kiriku.  "Masa tinggal lagi 5 minit, jadi eloklah kita mendah tangan berdoa di waktu yg mustajab ni ya " salah seorg sukarelawan masjid trsebut mmbuat pngumuman, kami masing2 memandang balik kearah tmpat duduk tadi, smbil mnunggu azan brkumandang. Habis sahaja brbuka puasa m.cik Z tadi dtg balik "kamu nk prgi tak masjid klcc tu? Best qiamullail kat situ (lgi skali mnunjukkan muka xcitednya) "tak m.cik maaf ya " , "ehmm takpala bye " dia mnjeling lgi smbil kakinya galak melangkah kearah ruangan solat. Selepas habis solat teraweh, aku tidak terserempak lagi dengan m. cik tu,  inilah terawih, iftar terakhir aku disini , tahun hdapan aku tidak tahu masih brpeluangkah aku utk merasai tarbiah begini lagi,  terima kasih Allah atas waktu luang yg tersisa ini. Ramadhan 1440H kali ini aku bljr utk menyingkapi sisi baik dan tidak baik diri ini,  betapa jauh aku menilai seseorang itu nah rupa2nya taatnya kpd Ilahi melebihi rasa 'riaknya' aku terhadap amalan sehari2. Hati aku tersentap dgn dakwah kecil m.cik Z ini, dy mngajak tnpa jemu walau dia tahu sgelintir shj org yg tidak mmandangnya begitu. Dakwah kecilnya juga mlalui bacaan alquran, bila aku tahu yg dia punya byk guru utk bljr alquran hatiku terjentik lagi, betapa usahanya itu melebihi usha sedikitku yg 'normal' ini. Aku juga kagum bila melihat dia dipenjuru tiang masjid, mulut terkumat kamit menyebut huruf2 alquran dgn betul smbil mata dan hatinya punya rasa utk kenal ayat Allah, nah aku pula bgaimna? Kita pula bgaimna?  Tarbiah sekeliling juga mngajarkanku bhw ujian yg Allah hadirkan kpd kita bkn utk mmberatkn kita malah utk lbih mendekatkam kita kpd Dia, teringat aku kpd kata2 peniaga msjid jamek tadi "dulu ktika brniaga m.cik mmg tidak sempat utk dtg ke masjid begini, utk rasa dekat dgn Allah, bila Allah uji m.cik begini trnyata Allah nak m.cik brsyukur dn lebih 'dekat' pada Dia. Ya syukur, muhasabah, itulah prkongsian kmbara hati Ramadan aku ini, syukur akn meningkatkan keimann, muhasabah akn mmprbaiki hati dgn istighfar atas kelalain2 kita yg lalu. Harini 4/6/19 bersamaan 30 Ramadhan, dan usai sahaja azan maghrib nanti maka pergilah sudah bulan mulia Ramadhan ini, jujur tarbiah yg kita rasa sebulan di bulan Ramadhan tidak akan sama dgn bulan2 hijrah yg lain. Kawan, istigfar itu pengubat hati, ayuh istighfar sebelum bergemanya takbir raya nnti.



#Travelogmusagir jalanan
#Ilham Dari Ilahi, Tinta dari hati
#bacalah dari hati











السبت، 2 مارس 2019

Travelog Musafir Jalanan - 8 ( Ini tentang...Musafir Ilmu) perkongsian panjang sempena bergelar graduan 17-11-18


بسم الله الرّحمن الرّحيم

Konvokesyen Unisza 17-11-2018

Alhamdulillah, lama sudah tidak berkongsi diruangan ini, sudah berbulan-bulan rasanya hehe, akhirnya hari ni bertarikh 3 Mac 2019 diberi ilham dan idea oleh Ilahi untuk menulis sebuah perkongsian tentang permusafiran menuntut ilmu, juga bersempena dengan berakhirnya gelaran sebagai seorang penuntut ilmu Bahasa Arab di UniSZA pada tahun 2014-2018. Sudilah kiranya para pembaca diruangan ini untuk memberikan komen kata-kata semangat, motivasi, nasihat, sebagai penambah seri kisah permusafiran ini, kawan jom membaca! 😉

--------------------------------------------------------------------

Usaha itu berperingkat,

Ada orang tu dulu masuk tadika kena buli, masa darjah 1 kepala kena ketuk kat dinding papan hitam/biru/hijau (sebab banyak kali kena hadam sifir satu tapi tak ingat-ingat) dapatlah pakai bedak 'free' kat muka😭, darjah 5 pula didenda keliling sekolah sambil junjung kerusi (sebab salah jawab soalan yang paling 'susah', subjek matematik),  tuisyen malam pula kadang-kadang terpaksa tumpang kawan sendiri ke sekolah, kadang-kadang juga terpaksa balik jalan kaki malam-malam (sambil genggam batu sebagai persediaan sekiranya dikacau hantu 😖) , kenapa jalan kaki? waktu tu arwah abah dan arwah umi sudah diuji dengan kehilangan upaya untuk berjalan seperti yang lain, bila naik darjah 6 perjuangan tetap sama, denda juga lebih kurang sama, bagiku kesan rotan di tangan sudah menjadi perkara biasa, tanda akur dengan kekesalan guru, ya markah setiap subjek aku sentiasa turun naik, proses belajar kan 😁, habis upsr  aku decide nak sambung belajar di Sekolah Maahad yang terletak di bandar Tanah Merah. Masa form 1, begitulah juga aku, selalu lambat untuk tangkap dan hadam apa yang diajar, form 2 alhamdulillah nampak perubahan sikit pada prestasi pembelajaran aku (masa tu aku pindah sekolah, sekolah kat kampung balik). Form 3, aku usaha sungguh-sungguh utk capai cita-cita, cita-cita nak masuk aliran sains nak jadi Doktor sebenarnya, tapi bila dapat result pmr, kecewa aku menggunung (tahun tu tahun 'double' kesedihan bagi aku, sebab tahun tu jugalah arwah umi meninggal dunia, ya aku perlu kuat, ini proses belajar kan). Form 4, aku pindah sekolah lagi (alhamdulillah dapat capai target pada exam SMU).

Darjah 3 - 2004


Form 5 bertungkus lumus meligat-ligatkan otak untuk capai target bagi exam spm (sbb nk masuk U dengan result spm), tapi sebaliknya result yang aku dapat tidak melepasi syarat-syarat untuk masuk U (masa form 5, bertarung dengan penyakit yang selalu dtg tiba-tiba, ya usaha itu berperingkat kan maka ujian juga berperingkat kawan). Allah lebih mengetahui, Dia menggerakkan hati aku untuk menduduki peperiksaan Stam, ketika proses belajar subjek stam banyak kali juga result duk main turun naik, kena bebel (nasihat)  dek ustaz/ustazah tu perkara biasa, kawan, aku usaha, ketika proses pembelajaran di dalam kelas aku tak main-main, apa yang perlu dihafal aku hafal, jadi setelah berkali-kali aku jatuh, aku cuba usaha lagi, sampai dapat capai target, target yang sudah diniatkan dengan penuh ikhlas hati, proses belajar kan, hari ni kau jatuh, esok kau bangkit balik dan bila bangkit alhamdulillah dapat capai target utk Stam, gembira tak terucap, kejap je rasa melalui perit getir pahit manis proses belajar di zaman sekolah rendah dan menengah, kini aku sudah beralih ke peringkat yg seterusnya (peringkat universiti).

Tingkatan 3 - 2011

Alhamdulillah, impian aku kini menjadi kenyataan, impian untuk berada di menara gading seperti yang telah diceritakan oleh guru-guruku ketika di sekolah rendah kini terbukti, bak kata cikgu Adnan (cikgu matematik) yang masih terngiang-ngiang sehingga kini "universiti ni gudang ilmu yang sangat luas, semua orang berimpian nak masuk universiti, hebatlah anak-anak didik cikgu kalau dapat masuk U,  cikgu pasti akan bangga dgn kalian". Ya aku sudah mencapai impian untuk masuk U, course aku ialah dalam bidang Bahasa Arab, aku melalui proses belajar Bahasa Arab selama 4 tahun, masuk semester 1 masih terkial-kial untuk cuba menterjemah Bahasa Arab yang digunakan oleh pensyarah-pensyarah sepanjang kelas berlangsung, kawan, proses belajar kan. Sepanjang 4 tahun jugalah aku melaui proses belajar dan amal di dalam ilmu Bahasa Arab, bermula dari rasa putus asa nak mengenal ilmu ni sehingga terbit rasa seronok untuk mendalaminya, 4 tahun tu adalah jangka masa yang cukup lama, menghimpunkan segala jenis peristiwa dan pengorbanan yang perlu aku hadapi dan tangani sebagai seorang pelajar, sehinggalah sekarang aku mampu memegang skrol Ism Pengajian Bahasa Arab.

Kawan, itu fasa pembelajaran yang sudah termaktub kepada setiap daripada kita untuk jalani, fasa apa? fasa sekolah rendah, menengah, dan pengajian tinggi, serta peringkat-peringkat yang seterusnya bergantung pada jihad ilmu diri seseorang tu. Sekarang, habis sudah fasa tu, fasa ini aku kongsi mengikut pengalaman aku. Kerana, usaha kita semua tak sama, ujian yang kita lalui sepanjang untuk mendapat kefahaman ilmu tu juga tak sama, masing-masing bergantung kepada usaha masing-masing, ya setiap daripada kita juga bergantung kepada takdir yang Allah tetapkan buat kita. Sejujurnya, bila aku genggam skrol ni aq rasa puas, puas hati, syukur sangat-sangat, sebab segala airmata yang aku korbankan selama ni bukan sia-sia, kenapa bukan sia-sia? Sebab aku balas dengan senyuman dan usaha, tak kisah dan tak nak mengkisahkan sangat dengan segala rasa bila diuji, hanya perlu tutup dengan senyuman dan usaha seikhlas hati, juga tidak pernah lepas dari rasa ingin selalu dekat dgn Allah.

Kawan, post tentang graduasi ni lambat kan? hehe,  ini kerana aku selalu menunggu waktu yang tepat, bulan 11/2018 aku bergraduasi bulan 3/2019 baru di kongsi rasa ni, kawan, proses belajar kan, hehe. Sekarang pun masih di dalam proses belajar, belajar untuk menjadi seorang pekerja yang amanah. Alhamdulillah atas setiap peringkat ilmu yang dipelajari, semoga aku tidak lupa bahawa adab dan ilmu itu haruslah selari, dan antara adab orang yang berilmu itu juga perlu mengamalkan apa yang telah dipelajari. Wallahua'alam.

----------------------------------------------------------------------------


Usaha,
Usaha itu menuntut istiqamah,
istiqamah itu memerlukan niat,
niat itu menuntut ikhlas,
ikhlas itu memerlukan pertolongan,
pertolongan daripada siapa?

Allah, manusia..
dekatkan diri dengan Allah,
ketika kau tenang dan ketika gelisah,
jangan lupa,
silaturahim dengan manusia,
kerana terkadang doa dari segenap manusia,
saat sembunyi,
itulah yang membantu 'sebuah' usaha kita..

sekian...



6 Adab Menuntut ilmu pesanan Imam As-Syafie :

- Cerdas  (الذكاء)
- Pemerhatian (الحرس)
- Semangat @ Kesungguhan (الاجتهاد)
- Bekalan @ Biaya (بلغة)
- Berteman dengan guru (ملازمة الأستاذ)
- Masa yang lama (طول الزمان)

                                                                                                                                                   





=) TravelogMusafirJalanan
=) ilham dari Ilahi, tinta dari hati
=) Nobody can destroy your dream (لا أحد يمكنه أن يحطم أحلامك)













الجمعة، 3 فبراير 2017

Travelog Musafir Jalanan-7 (Bicara ini Dari Hati)





Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Yang Maha Mengerti jatuh bangun seorang hamba..
Yang Maha Mendengar keluhan hamba..
sungguh tidak terdaya seorang hamba yang selama ini hampir saja berputus asa dari mencari
hikmah disebalik ujianNya..

  Sungguh, seorang hamba itu bisa bangkit dari rasa berputus asa, dari rasa tidak berdaya apabila suatu saat Allah tenangkan segala keluh kesah dihatinya melalui bermacam bentuk peristiwa yang
menenangkan. Apa rahsianya?

 Bersabar, ya bersabar dengan penuh ketaatan kepada Ilahi. Firman Allah S.W.T yang bermaksud "Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (QS. Al-Baqarah: 155).

Terkadang Dia memberikan ujian berupa kebahagiaan dan pada saat yang lain Dia juga memberikan ujian berupa kesusahan. Waktu bahagia dan duka adalah ujian dari Allah kepada hamba-hambaNya, bukti kesyukuran yang sebenar adalah rasa Taqwa kita saat diuji dengan kebahagiaan juga rasa Taqwa saat menempuh kesusahan.

Memetik kata seorang ahli ilmu "Jika dibanding ujian yang kita hadapi, tidaklah ia lebih berat dari apa yang menimpa umat Islam terdahulu, yang digergaji kepalanya hingga terbelah dua, disikat badannya dengan sikat besi sehingga nampak tulangnya. Mereka diuji sesuai tahap keimanan dan darjat mereka, dan kita diuji sesuai tahap keimanan kita. Hendaklah kita bersyukur selama mana ujian itu tidak menimpa agama dan tidak membuat kita berburuk sangka kepada Allah."

Ya, kita rasa 'sakit hati' bila diuji, terkadang timbul rasa kecewa yang membuak-buak bila perasaan sabar yang diistiqamah selama ini tidak 'dibalas'. Terkadang, hati juga seolah-olah menolak kata-kata nasihat daripada teman seperjuangan supaya sabar dalam menghadapi ujian. Seolah-olah ujian yang dihadapi terasa lebih 'berat' berbanding apa yang dilalui insan lain.

Astaghfirullahalazim, bermuhasabahlah, tenung diri, lihat apa yang kurang pada iman, sehingga membuatkan jiwa terasa 'kontang' dari mempraktik rasa sabar saat menghadapi ujian.


-------------------------------------------------------------------------

Kawan,
Hari ini kita ceria bercerita tentang bahagia..
Esok kita senyap kerana ditimpa duka..
Hati kau rasa sayu..
Terasa seperti ada bisikan-bisikan 'ubat'..
Lantas kau bangkit melawan rebah..
Ubat apa?
Ubat doa..
Kawan, itulah kuasa sebuah doa..
Dari siapa dan mengapa?
Dari Umi Ayah, Kakak Abang, Guru, Sahabat..

Kawan lagi,
Hari ini aku 'bercerita'..
Asbabnya adalah kerana buku ini..
Selama 3 semester aku mencari..
Ghaibnya oleh tangan-tangan siapa?
Tidak ku tahu..
Yang aku tahu..
Aku belajar dari indahnya sebuah kesabaran..
Saat masa ligat berputar..
Doaku masih terus bertahan..
Kerana apa?
Kerana aku percaya dengan janji Ilahi..


Firman Allah S.W.T "Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya Aku perkenankan doa permohonan                                                kamu..." (QS. Ghafir: 60)





Berbahagialah insan yang 'terluka' bilamana dia sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dalam setiap amalannya.



#ilham dari Ilahi, tinta dari hati.. :)
#travelogmusafirjalanan
                         

الخميس، 22 سبتمبر 2016

'Kita' 'sakit hati' ...








Bismillahirrahmanirrahim...

Kita,,,,

Kita selalu cuba untuk 'menggenggam' rasa  dipuji oleh manusia, tanpa kita sedar benih riak semakin merebak ke akar hati, kita fikir pujian manusia itu bisa membuatkan kita nampak hebat, namun kita silap, kita silap dalam menilainya, cuba lihat...

Dalam hidup ini, ada manusia yang bisa menerima baik @ kurang baik kita seadanya, ada yang sanggup patah balik cari kawan baru, katanya tak sanggup nak hadap dengan sikap kurang baik kawannya itu. Ya, itu lumrah, tapi kenapa? kerana..

Hari ini,
kau dipuji melangit,
hinggakan lantai yang kau pijak kau tak rasa,
Hari ini,
rasa 'syukur' kau semakin kurang,
akibat riak yang membaham diri,
Kau rasa,
kaulah yang paling super,
takda orang yang boleh cabar kau,
saat itu,
hati kau jadi gelap, gelap sangat,
cahaya iman kau dah semakin pudar,
tapi, kau tak cuba untuk 'terangkan'...


hari esok kau dipijak sampai 'tertimbus'..
kau cuba 'gali' dari bawah,
tapi, tak dapat,
kau cuba seru nama kawan,
tapi, tak dapat,
kau, kau, menangis..
kau cuba cari semangat dalam diri,
tapi, tak dapat..

Kawan, kau silap, ketika itu..
Kau sepatutnya sebut nama Allah,
kau perlu cari iman kau, bukan cari simpati manusia,
kau tahu kan, manusia itu tak selamanya ada,
carilah Allah, 
bila ada rasa gembira, bila dipuji, 
janganlah riak,
kau pun tahu bukan, 

'Allah sangat sayang kepada hambanya yang setiap saat sentiasa bersyukur kepadanya'

Kita, kita ni kalau ada rasa riak yang mana sudah lama terlekat kat hati memang susah sangat nak sental balik, ya susahlah sebab kita tak cuba untuk hindarkan perasaan tu, nak tahu tak orang yang sentiasa melazimi istighfar ni sangat mudah baginya untuk merawat penyakit hati, terutamanya 'barah' riak ni. Itu sahaja sebenarnya langkah awal untuk kita move on dari sifat 'tak sedar diri' ni, kau pun tahu kan yang Allah s.w.t telah berfirman di dalam Al-quran.. 

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (Ar-Rahman, ayat 13)

Kau telah diberi pangkat, harta, kawan, ilmu, tapi kau riak, sungguh rugi kawan, sungguh rugi, bersyukurlah jika kau masih punya iman, aku pasti ketika itu iman kau tengah menaik tapi kau perlu sedar yang syaitan itu sering sahaja ingin melihat kau tewas, tapi aku juga pasti kau mampu menewaskan 'jentera2nya' jika disaat ini kau istiqamah untuk selalu basahkan bibir dengan istighfar.

Bertaubatlah kawan, Allah itu Maha Pengampun, aku? aku juga manusia, tipulah kalau tak pernah terlintas perasaan riak tu, tapi aku juga cuba untuk menghindarinya, salah satu dari caranya adalah saling nasih-menasihati melalui medium ini.

__________________________________________

Aku berpesan bukan kerana aku sudah cukup baik,
tapi kerana aku adalah seorang muslim,
aku cuba sampaikan apa yang terlintas,
bukan juga kerana aku sudah banyak ilmu,
tapi kerana Allah yang izinkan aku untuk menulisnya.

Pesanan ini,
yang menukilkannya bukanlah aku,
nukilan ini adalah dari Ilahi, 

Jom 'jadi' hamba Ilahi ;) !!

#ketahuilah, pujian dari Allah sahajalah yang bisa membuatkan kita nampak hebat, dan di'mata' Allah sahajalah kita bisa nampak 'hebat', kerana semakin kerdil kau rasa tika berdepan dengan Ilahi maka kaulah sebenarnya mukmin yang paling hebat dihadapan manusia meskipun manusia tidak memandangmu...

#ilham dari Ilahi, tinta dari hati <3 

الجمعة، 11 مارس 2016

catatan Musafir Jalanan -6 (bawa hati menuju Ilahi)




Ketika sedang asyik aku memandang keindahan langit ciptaan Ilahi, fikiranku tiba-tiba melayang nun jauh ke sebuah medan ilmu Maahad yang pernah ku duduki , tempat keringat otak, badan, kaki, tangan dan hati dikerah untuk ilmu suatu masa dahulu. Ibrahnya, sehingga ke hari ini masih tersemat di sudut hati kecilku ini.
____________________________________

“Assalamualaikum, Fasihah, kenapa ni, saya tengok monyok je dari tadi, sekarang waktu rehat, awak tak pergi membeli makanan ke?”. “Kakak senior, hari ini saya tak nak makan, saya, saya”. “Boleh akak tahu masalah apa yang membuatkan Fasihah menangis?”.   Tanya kak Hamidah sambil menyeka airmata kecil di pipi tembam Fasihah.

“Fasihah sedih kak, Fasihah sudah kehilangan dua jiwa Fasihah, Umi dan Abah telah pergi  jauh dari Fasihah, kawan-kawan sekolah pula tak ingin kawan dengan Fasihah, mereka cakap Fasihah tak pandai, muka tak cantik, miskin, kekurangan kasih sayang”.

“Pap, pap”. Bangku kerusi dihembus-hembus kak Hamidah sambil tangannya menunjuk kearahnya. “Cuba Fasihah tengok bangku ni, asalnya kotor bukan, penuh dengan habuk, tapi bila datang seseorang yang ingin duduk diatasnya dicucinya habuk itu sehingga bersih, habuknya juga sudah tidak kelihatan. Samalah dengan kita, hati kita bila dilumuri dengan perasangka-perasangka buruk pasti akan berhabuk, tapi bila datangnya rasa ingin berubah, cuci hati dengan bersangka baik pada Allah pasti hati itu akan rasa tenteram”.

“Maka, pesanan akak yang pertama, wahai hati yang ketandusan cinta hakiki, bersangka baiklah dengan Allah”. Kakak Hamidah menunjukkan gaya ultramannya sambil menghadiahkan sekuntum senyuman.

“Hidup ini adalah sebuah perjuangan, ada sebahagian insan, yang  membawa ‘jiwa’ putus asa, mereka mengatakan, “hidup ini sangat susah, bila aku mendongak ke langit tiada payung yang bisa melindungi aku daripada terik matahari”. Lalu aku bertanya, “kemana payung ‘besar’ kau?”. Mereka jawab lagi “payung aku telah terbang jauh, ‘dia’ hadir sekadar ingin memayungi ketika waktu siang sahaja, ketika siang mula melabuh lantas ‘dia’ pergi meninggalkan aku di dalam kepekatan malam yang memanjang”.

“Dik, hidup ini singkat teramat, kita tidak mafhum bila kematian diri datang menjengah, juga tidak mafhum bila saat orang sekeliling bakal meninggalkan kita. Mereka kata ‘payung’ hanya pada waktu siang, bila malam ia menghilang, ya memang begitu fitrah seorang hamba kepada Pencipta, manusia, ibu ayah, kakak abang adik, sahabat handai hanya boleh hadir dan temani kita sekejap je dik, sampai masa mereka akan pergi juga menemui Pencipta. Jadi jangan terlalu sedih, doakan mereka, itu yang terbaik”.

“Maka, pesanan akak yang kedua, wahai hati yang ketandusan rindu hakiki, bila sedih mengadulah kepada Allah, Allah ada dekat di hati kita, full time, 24 jam, manusia hanya layak mendekati tetapi yang memberi kesan di hati itu adalah Allah”.

“Baik kak Hamidah”. Laungnya dengan bersemangat, seolah-olah benak jiwanya kembali bangkit daripada penyesalan yang berpanjangan.

_________________________________________

Sebenarnya perkara ini yang ingin aku simpulkan.. Ada sesetengah insan membayangkan sesuatu perkara yang berada di sekelilingnya dengan sebuah ‘objek’ bagi membangkitkan semangat kental usaha dalam diri mereka, contoh seorang pemimpin sesebuah persatuan membayangkan organisasinya seperti seekor helang, ketuanya merupakan kepala, pembantunya pula adalah sayapnya, mana mungkin kepala dan jiwa helang bisa mendongak terbang ke langit jika tanpa sayap di kiri dan kanannya. Mana mungkin sesebuah organisasi itu akan bertambah maju jika tanpa pertolongan dan kerjasama dari insan-insan sekeliling.

Jadi kita, apa yang ada pada diri kita semuanya milik Allah.  Mana mungkin kita akan dapat gapai sabar saat diuji  jika tanpa Allah di hati. Mana mungkin kita akan dapat berperasangka baik dengan manusia sedang dengan Pencipta pun kita berperasangka buruk, jauh dari Nya.

Mataku mula terkedip-kedip, seolah-olah ada air yang sedang disimbah ke benak mata. Air hujankah?, tidak, itu airmata, airmata yang merindukan tarbiah arwah abah dan Umi, tapi aku sedar yang rindu ini perlu ku adukan kepada Ilahi, agar ianya bertebaran ke langit hati yang  mencintai Pemilik cinta, rindu, kasih sayang yang hakiki.
___________________


Sekian sahaja coretanku ini .. wahai hati yang resah, bertabahlah kerana kau ada Allah disisi..





#Ilham Dari Ilahi, tinta dari Hati
#<3 Al-Fatihah buat arwah Abah dan Umi  <3  juga insan disekeliling yang pernah datang dan 
   pergi <3