السبت، 2 مارس 2019

Travelog Musafir Jalanan - 8 ( Ini tentang...Musafir Ilmu) perkongsian panjang sempena bergelar graduan 17-11-18


بسم الله الرّحمن الرّحيم

Konvokesyen Unisza 17-11-2018

Alhamdulillah, lama sudah tidak berkongsi diruangan ini, sudah berbulan-bulan rasanya hehe, akhirnya hari ni bertarikh 3 Mac 2019 diberi ilham dan idea oleh Ilahi untuk menulis sebuah perkongsian tentang permusafiran menuntut ilmu, juga bersempena dengan berakhirnya gelaran sebagai seorang penuntut ilmu Bahasa Arab di UniSZA pada tahun 2014-2018. Sudilah kiranya para pembaca diruangan ini untuk memberikan komen kata-kata semangat, motivasi, nasihat, sebagai penambah seri kisah permusafiran ini, kawan jom membaca! 😉

--------------------------------------------------------------------

Usaha itu berperingkat,

Ada orang tu dulu masuk tadika kena buli, masa darjah 1 kepala kena ketuk kat dinding papan hitam/biru/hijau (sebab banyak kali kena hadam sifir satu tapi tak ingat-ingat) dapatlah pakai bedak 'free' kat muka😭, darjah 5 pula didenda keliling sekolah sambil junjung kerusi (sebab salah jawab soalan yang paling 'susah', subjek matematik),  tuisyen malam pula kadang-kadang terpaksa tumpang kawan sendiri ke sekolah, kadang-kadang juga terpaksa balik jalan kaki malam-malam (sambil genggam batu sebagai persediaan sekiranya dikacau hantu 😖) , kenapa jalan kaki? waktu tu arwah abah dan arwah umi sudah diuji dengan kehilangan upaya untuk berjalan seperti yang lain, bila naik darjah 6 perjuangan tetap sama, denda juga lebih kurang sama, bagiku kesan rotan di tangan sudah menjadi perkara biasa, tanda akur dengan kekesalan guru, ya markah setiap subjek aku sentiasa turun naik, proses belajar kan 😁, habis upsr  aku decide nak sambung belajar di Sekolah Maahad yang terletak di bandar Tanah Merah. Masa form 1, begitulah juga aku, selalu lambat untuk tangkap dan hadam apa yang diajar, form 2 alhamdulillah nampak perubahan sikit pada prestasi pembelajaran aku (masa tu aku pindah sekolah, sekolah kat kampung balik). Form 3, aku usaha sungguh-sungguh utk capai cita-cita, cita-cita nak masuk aliran sains nak jadi Doktor sebenarnya, tapi bila dapat result pmr, kecewa aku menggunung (tahun tu tahun 'double' kesedihan bagi aku, sebab tahun tu jugalah arwah umi meninggal dunia, ya aku perlu kuat, ini proses belajar kan). Form 4, aku pindah sekolah lagi (alhamdulillah dapat capai target pada exam SMU).

Darjah 3 - 2004


Form 5 bertungkus lumus meligat-ligatkan otak untuk capai target bagi exam spm (sbb nk masuk U dengan result spm), tapi sebaliknya result yang aku dapat tidak melepasi syarat-syarat untuk masuk U (masa form 5, bertarung dengan penyakit yang selalu dtg tiba-tiba, ya usaha itu berperingkat kan maka ujian juga berperingkat kawan). Allah lebih mengetahui, Dia menggerakkan hati aku untuk menduduki peperiksaan Stam, ketika proses belajar subjek stam banyak kali juga result duk main turun naik, kena bebel (nasihat)  dek ustaz/ustazah tu perkara biasa, kawan, aku usaha, ketika proses pembelajaran di dalam kelas aku tak main-main, apa yang perlu dihafal aku hafal, jadi setelah berkali-kali aku jatuh, aku cuba usaha lagi, sampai dapat capai target, target yang sudah diniatkan dengan penuh ikhlas hati, proses belajar kan, hari ni kau jatuh, esok kau bangkit balik dan bila bangkit alhamdulillah dapat capai target utk Stam, gembira tak terucap, kejap je rasa melalui perit getir pahit manis proses belajar di zaman sekolah rendah dan menengah, kini aku sudah beralih ke peringkat yg seterusnya (peringkat universiti).

Tingkatan 3 - 2011

Alhamdulillah, impian aku kini menjadi kenyataan, impian untuk berada di menara gading seperti yang telah diceritakan oleh guru-guruku ketika di sekolah rendah kini terbukti, bak kata cikgu Adnan (cikgu matematik) yang masih terngiang-ngiang sehingga kini "universiti ni gudang ilmu yang sangat luas, semua orang berimpian nak masuk universiti, hebatlah anak-anak didik cikgu kalau dapat masuk U,  cikgu pasti akan bangga dgn kalian". Ya aku sudah mencapai impian untuk masuk U, course aku ialah dalam bidang Bahasa Arab, aku melalui proses belajar Bahasa Arab selama 4 tahun, masuk semester 1 masih terkial-kial untuk cuba menterjemah Bahasa Arab yang digunakan oleh pensyarah-pensyarah sepanjang kelas berlangsung, kawan, proses belajar kan. Sepanjang 4 tahun jugalah aku melaui proses belajar dan amal di dalam ilmu Bahasa Arab, bermula dari rasa putus asa nak mengenal ilmu ni sehingga terbit rasa seronok untuk mendalaminya, 4 tahun tu adalah jangka masa yang cukup lama, menghimpunkan segala jenis peristiwa dan pengorbanan yang perlu aku hadapi dan tangani sebagai seorang pelajar, sehinggalah sekarang aku mampu memegang skrol Ism Pengajian Bahasa Arab.

Kawan, itu fasa pembelajaran yang sudah termaktub kepada setiap daripada kita untuk jalani, fasa apa? fasa sekolah rendah, menengah, dan pengajian tinggi, serta peringkat-peringkat yang seterusnya bergantung pada jihad ilmu diri seseorang tu. Sekarang, habis sudah fasa tu, fasa ini aku kongsi mengikut pengalaman aku. Kerana, usaha kita semua tak sama, ujian yang kita lalui sepanjang untuk mendapat kefahaman ilmu tu juga tak sama, masing-masing bergantung kepada usaha masing-masing, ya setiap daripada kita juga bergantung kepada takdir yang Allah tetapkan buat kita. Sejujurnya, bila aku genggam skrol ni aq rasa puas, puas hati, syukur sangat-sangat, sebab segala airmata yang aku korbankan selama ni bukan sia-sia, kenapa bukan sia-sia? Sebab aku balas dengan senyuman dan usaha, tak kisah dan tak nak mengkisahkan sangat dengan segala rasa bila diuji, hanya perlu tutup dengan senyuman dan usaha seikhlas hati, juga tidak pernah lepas dari rasa ingin selalu dekat dgn Allah.

Kawan, post tentang graduasi ni lambat kan? hehe,  ini kerana aku selalu menunggu waktu yang tepat, bulan 11/2018 aku bergraduasi bulan 3/2019 baru di kongsi rasa ni, kawan, proses belajar kan, hehe. Sekarang pun masih di dalam proses belajar, belajar untuk menjadi seorang pekerja yang amanah. Alhamdulillah atas setiap peringkat ilmu yang dipelajari, semoga aku tidak lupa bahawa adab dan ilmu itu haruslah selari, dan antara adab orang yang berilmu itu juga perlu mengamalkan apa yang telah dipelajari. Wallahua'alam.

----------------------------------------------------------------------------


Usaha,
Usaha itu menuntut istiqamah,
istiqamah itu memerlukan niat,
niat itu menuntut ikhlas,
ikhlas itu memerlukan pertolongan,
pertolongan daripada siapa?

Allah, manusia..
dekatkan diri dengan Allah,
ketika kau tenang dan ketika gelisah,
jangan lupa,
silaturahim dengan manusia,
kerana terkadang doa dari segenap manusia,
saat sembunyi,
itulah yang membantu 'sebuah' usaha kita..

sekian...



6 Adab Menuntut ilmu pesanan Imam As-Syafie :

- Cerdas  (الذكاء)
- Pemerhatian (الحرس)
- Semangat @ Kesungguhan (الاجتهاد)
- Bekalan @ Biaya (بلغة)
- Berteman dengan guru (ملازمة الأستاذ)
- Masa yang lama (طول الزمان)

                                                                                                                                                   





=) TravelogMusafirJalanan
=) ilham dari Ilahi, tinta dari hati
=) Nobody can destroy your dream (لا أحد يمكنه أن يحطم أحلامك)













ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق