الخميس، 22 سبتمبر 2016

'Kita' 'sakit hati' ...








Bismillahirrahmanirrahim...

Kita,,,,

Kita selalu cuba untuk 'menggenggam' rasa  dipuji oleh manusia, tanpa kita sedar benih riak semakin merebak ke akar hati, kita fikir pujian manusia itu bisa membuatkan kita nampak hebat, namun kita silap, kita silap dalam menilainya, cuba lihat...

Dalam hidup ini, ada manusia yang bisa menerima baik @ kurang baik kita seadanya, ada yang sanggup patah balik cari kawan baru, katanya tak sanggup nak hadap dengan sikap kurang baik kawannya itu. Ya, itu lumrah, tapi kenapa? kerana..

Hari ini,
kau dipuji melangit,
hinggakan lantai yang kau pijak kau tak rasa,
Hari ini,
rasa 'syukur' kau semakin kurang,
akibat riak yang membaham diri,
Kau rasa,
kaulah yang paling super,
takda orang yang boleh cabar kau,
saat itu,
hati kau jadi gelap, gelap sangat,
cahaya iman kau dah semakin pudar,
tapi, kau tak cuba untuk 'terangkan'...


hari esok kau dipijak sampai 'tertimbus'..
kau cuba 'gali' dari bawah,
tapi, tak dapat,
kau cuba seru nama kawan,
tapi, tak dapat,
kau, kau, menangis..
kau cuba cari semangat dalam diri,
tapi, tak dapat..

Kawan, kau silap, ketika itu..
Kau sepatutnya sebut nama Allah,
kau perlu cari iman kau, bukan cari simpati manusia,
kau tahu kan, manusia itu tak selamanya ada,
carilah Allah, 
bila ada rasa gembira, bila dipuji, 
janganlah riak,
kau pun tahu bukan, 

'Allah sangat sayang kepada hambanya yang setiap saat sentiasa bersyukur kepadanya'

Kita, kita ni kalau ada rasa riak yang mana sudah lama terlekat kat hati memang susah sangat nak sental balik, ya susahlah sebab kita tak cuba untuk hindarkan perasaan tu, nak tahu tak orang yang sentiasa melazimi istighfar ni sangat mudah baginya untuk merawat penyakit hati, terutamanya 'barah' riak ni. Itu sahaja sebenarnya langkah awal untuk kita move on dari sifat 'tak sedar diri' ni, kau pun tahu kan yang Allah s.w.t telah berfirman di dalam Al-quran.. 

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (Ar-Rahman, ayat 13)

Kau telah diberi pangkat, harta, kawan, ilmu, tapi kau riak, sungguh rugi kawan, sungguh rugi, bersyukurlah jika kau masih punya iman, aku pasti ketika itu iman kau tengah menaik tapi kau perlu sedar yang syaitan itu sering sahaja ingin melihat kau tewas, tapi aku juga pasti kau mampu menewaskan 'jentera2nya' jika disaat ini kau istiqamah untuk selalu basahkan bibir dengan istighfar.

Bertaubatlah kawan, Allah itu Maha Pengampun, aku? aku juga manusia, tipulah kalau tak pernah terlintas perasaan riak tu, tapi aku juga cuba untuk menghindarinya, salah satu dari caranya adalah saling nasih-menasihati melalui medium ini.

__________________________________________

Aku berpesan bukan kerana aku sudah cukup baik,
tapi kerana aku adalah seorang muslim,
aku cuba sampaikan apa yang terlintas,
bukan juga kerana aku sudah banyak ilmu,
tapi kerana Allah yang izinkan aku untuk menulisnya.

Pesanan ini,
yang menukilkannya bukanlah aku,
nukilan ini adalah dari Ilahi, 

Jom 'jadi' hamba Ilahi ;) !!

#ketahuilah, pujian dari Allah sahajalah yang bisa membuatkan kita nampak hebat, dan di'mata' Allah sahajalah kita bisa nampak 'hebat', kerana semakin kerdil kau rasa tika berdepan dengan Ilahi maka kaulah sebenarnya mukmin yang paling hebat dihadapan manusia meskipun manusia tidak memandangmu...

#ilham dari Ilahi, tinta dari hati <3 

ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق