السبت، 28 مارس 2015

Keranamu Sahabatku (pen & kertas)



 Semua tahu pen dan kertas adalah kawan baik yang sentiasa bersama. Pada suatu hari pen berbual dengan kertas. "wahai kertas tidakkah kau merasa bosan dengan hidupmu yang kosong tanpa coretan? tidak seperti aku, aku tercipta dengan sempurna yang mempunyai pelbagai warna, sungguh indah dan cantik sekali".

 Jujur kertas merasa kecewa atas soalan pen, dengan itu kertas menjawab "ya wahai pen, tetapi jika aku tiada  kemana segala yang hendak kau coretkan? tidak mengapa hidupku kosong andai kau boleh coretkan warna-warnamu keatasku", kertas menjawab lagi "mungkin dengan itu juga boleh membuatmu gembira dan bahagia, kerana aku juga berpeluang untuk melihat kecantikan dan keindahan dirimu atas diriku yang serba kekosongan ini".

 Pen berasa amat bersalah dan berasa kesal atas soalannya kepada kertas yang nyata kawan yang sentiasa dengannya kala suka dan duka. Detik itu juga, pen meminta maaf kepada kertas. "Wahai kertas, sahabatku sungguh aku bersyukur kerana menemui sahabat sejati sepertimu, persahabatan dan ikatan yang terjalin ini adalah kurniaan Ilahi yang sangat terindah buatku".

 Bermula detik dan saat itu hubungan antara pen dan kertas bertambah erat dan sentiasa memenuhi segala kekurangan dan kelebihan.

_____

Sekadar cerita rekaan..
Kiriman seorang teman..
Semoga memberi pengajaran dan manfaat disebalik makna yang tersirat :)

_____

Aku sang pena indah penuh warna, jika tiada kertas harus kemana aku coretkan segala tinta dan kata?..

Aku si kertas kosong penuh kelembutan, jika tiada pena harus aku ini siapa yang ingin lakarkan?..

Mengapa kita dijadikan berbeza? dan mengapa kita ditakdirkan bertemu? (pen)

"Supaya saling berkongsi suka duka" dan "keranaku sahabatmu" (kertas)


# ilham dari Ilahi, tinta dari hati :)



ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق