Program Anjakan Generasi Muda - bersama keluarga angkat
Pasir Gudang, kg, tanjung langsat
Kampung Tanjung Langsat Port, sememangnya akan menjadi sebuah memori yang sentiasa tersemat di hati dan sanubari...
tiada beza antara kami meskipun "kau orang kelantan, kau orang sabah, kau orang terengganu, kau orang johor, kau orang kedah, kau miskin, kau kaya" kerana dalam hati kami telah tersemat rapi kalimah Ilahi dan berkasih sayang keranaNya yang hakiki..
tidak dapat dinafikan, memang ada kekontangan pada hati-hati antara kami, alhamdulillah dengan izin Ilahi kekontangan itu dapat kami tampung dan jahit selama tempoh 5 hari ukhuwwah kami bersemi..
berkata salah seorang adik beradik angkatku "kau lihat mereka berharta tapi mereka tetap menyorokkanya dengan akhlak dan adab yang mulia,kau lihat mereka kekurangan harta tapi mereka tetap mengkayakan akhlak dan juga adab yang mulia, begitulah sikap penduduk kampung Tanjung Langsat"..
aku kata "hidup adalah sebuah perjalanan dan perjuangan, semakin jauh kau berjalan semakin luaslah ikatan, semakin jauh kau melangkah maka semakin hebatlah kisah perjuanganmu" ..
aku lihat airmata perpisahan, hatiku membisik rasa kagum, "sememangnya sebuah ikatan yang terjalin semata-mata kerana Allah tersangatlah indah" ..
terima kasih Allah ....
# ilham dari Ilahi, tinta dari hati :)
ليست هناك تعليقات:
إرسال تعليق