السبت، 2 يناير 2016

Catatan Musafir Jalanan - 5 (“Kembara ini, aku hadapi, berbicara, menulis, selami, sentap “)








Assalamualaikum, di sini ada satu kisah, kisah di sem 3 kuliah pengajian bahasa arab di unisza…

Di bumi ilmu sana, ada insan-insan yang bermacam-macam ragam, bermacam-macam kriteria, ada yang jenis ceria, masam muka, kelat muka, pahit muka pendek kata memang bermacam-macam ragamlah..

Yang paling aku tak boleh lupa sekali yang latest punya cerita time aku gaduh dengan kawan aku, masa tu punyalah masam mencuka muka dan wajah dia, tegur menegur memang tak payah nak dibicarakanlah , memang sentap bila aku tegur dia boleh tolak aku sambil tarik muka, haha.. tapi tidak mengapalah, tu kan kawan, bila kau ikhlas kerana Allah nak berukhuwwah dengan seseorang tu mestilah kau kena persiapkan hati campur iman yang kental, kalau jatuh kena tendang ngan kawan kau nanti tak lah kau nak balas balik dengan ‘tikam’ hati dia.. relaks lah, kita kan manusia, dia juga manusia, masing-masing punya hati, bergantung kepada seseorang tu sendirilah nak protect dia punya hati macamana.. sambung balik cerita tadi, tiga minggu kot dia tarik muka kat aku, tapi aku hanya mampu ber’husnudzon’ jelah, tak boleh nak expect macam-macam nanti  tambah ‘karat’ pula kat hati aku ni, bahaya tau tak ber’suudzon’- suudzon ni, haa lepas tiga minggu yakni lagi baki tiga hari nak habis final exam barulah dia tarik balik muka masam tu dengan mengembalikan senyuman.. nak tahu tak kenapa aku cerita pasal kawan aku tarik-tarik muka ni, ni sebab aku nak bagi satu ibrah lah.. ibrah tentang kawan..

Baiklah, dalam setiap tempat yang kau singgah mesti kau nak cari seseorang  yang boleh kau buat teman untuk berbual kan dalam erti kata lain kawanlah.. kawan ya kawan, kau tak akan kenal peribadi seseorang itu selagi kau tak cuba untuk berkawan means berkenalan dengannya, terima baik dan tidak baik dia, doakan dia, tidak mesti tidak kau perlukan kawan, kawan yang boleh perbetulkan arah bila kau dah tersesat  jauh, kawan yang sanggup pinjamkan sedikit duit poket dia bilamana kau kekeringan duit, kawan yang sanggup hadap perangai kau selama bertahun-tahun berbulan-bulan berhari-hari, yakni perangai yang entah apa-apa ditambah pula bila ada kawan yang perangainya pelik sikit contoh jenis bila nak kentut dia khabarkan pada kau tapi biarkan haruman baunya meresap ke hidung kau, haa hadaplah , haha.

Semua tu ragam, bila kau kehilangan ragam-ragam yang sebegitu dalam hidup pasti hidup ini akan dirasakan kosong, kosong tanpa ‘drama’ khususnya ‘drama’ dalam berukhuwwah.. satu je aku nak pesan.. bila kau berukhuwwah, ambillah ibrah yang baik, buang yang kurang baik, perelokkan yang lagi sikit nak jadi baik, dan semuanya demi redha Allah.. hablu mina Allah wa hablu mina annas..
________________________________________________________





Tuuuuuttttt, Kisah dua..

Ini kisah tentang murobbi, murobbiku yang berbagai peribadi, memiliki peribadi yang hebat, tidak lekang dengan tunjuk ajar dan nasihat-nasihat.. Semester ini, aku diberi peluang menimba ilmu Debat dan pidato arab diberi tunjuk ajar oleh Ustaz Azizie Bin Aziz, ya debat dalam bahasa arab, ada orang cakap debat arab ni susah, ya aku akui memang susah, susahlah sebab dalam bahasa arab, kena betul dari segi nahu sorofnya lagi tidak lupa pula dari segi mukjamnya, kena bina ayat sendiri woo, tapi tidak mengapalah, madah inilah sebenarnya yang mendidik aku supaya tabah ketika berhadapan dengan insan-insan yang berhadapan denganku, tidak dinafikan juga selepas dari hari ke hari aku praktis debat dihadapan insan juga dengan mencuba nasib yakni juga dinamakan bidang terjun bagiku,  aku cuba merobohkan benteng-benteng ‘pengecut’ dalam diri dengan menyertai Pertandingan Debat , yup aku gementar, gementar nak berhadapan dengan insan yang ramai tidak lupa juga ketika berhadapan dengan hakim berbangsa arab, tapi tidak mengapa sekurang-kurangnya aku dapat pengalaman baru juga melatih aku untuk berani berbicara dalam bahasa arab. Berbalik pada kelas debat tadi, setiap kali sebelum bermulanya kelas debat murobbiku pasti akan titipkan nasihat dan kadang-kadang menghadiahkan kami gula-gula (coklat guna loghat kelantan,) coklat free woo, hee.. ingin aku titipkan sedikit nasihat dari Ustaz Azizi yang mana dapatlah aku tangkap sepanjang kelas kami,, Pesan ustaz "practice make perfect, dalam nak melakukan sesuatu usaha itu perlu ada, dan usaha bukan sekadar celik mata sesaat pastu pejam balik, orang yang berusaha itu bilamana dia celik mata dia akan manfaatkan betul-betul, usaha betul-betul sampai dia rasa jahilnya diri dia dengan banyaknya ilmu yang tidak diketahui, begitu juga bahasa arab, jangan takut untuk berbicara dalam bahasa arab, ''practice make perfect'' ...


Kawan, itu cerita tentang madah debat, ini pula ingin ku bawa kisah madah Balaghah fi saubiha al-jadid karya Bakri Syeikh Amin, apa yang aku dapat dari ilmu Balaghah berdasarkan kitab ini, adakah sekadar ilmu yang dipelajari di dalam kelas dan hanya dapat dipraktikkan di dalam kertas jawapan exam? Oh tidak, itu bukan tujuannya, itu bukan tujuan yang sebenar kita menimba ilmu, jalan yang sebenar bilamana kau manfaatkan ilmu yang kau belajar itu dan campur adukkan dengan kehidupan seharian.. samalah kawan dengan ilmu Balaghah ini.. perkara yang tidak dapat tidak bak kata murobbiku dalam bahasa arab Ustaz Firdaus Bin Yahaya ‘la budda la’ hehe ,

Yang aku mesti ingat sepanjang aku melayari kehidupan ini adalah cara-cara nak tulis, design, susun assignment dengan mantap, kata murobbiku Ustaz Shahrizal Bin Nasir “memanglah rasa penat buat assignment balaghah ni, buat siap-siap pastu pergi tunjuk kat lecturer pastu kena reject, pastu pergi edit balik betulkan apa yang salah dan print bagi lecturer tengok, salah lagi kena reject lagi, berulang-ulang kali, baca kitab rujukan banyak kali bagi faham, buat ayat yang 'mantap' agar apabila junior-junior nak buat rujukan mereka dapat faham, memang susah, susah bila tak nak usaha, susah bila tak nak luangkan masa untuk faham betul-betul ilmu tu, berkorbanlah sikit, masa inilah awak semua dapat belajar macamana nak buat assignment berdasarkan kriteria yang betul, sabar sikit je insya Allah ilmu tu akan dapat awak semua hadam dengan baik bilamana awak semua usaha kerana Allah’’ ..

 haa, itu tentang assignment, maka ini pula tentang ilmu yang ada dalam buku Balaghah Bakri Sheikh Amin, First bila kau nak cakap sesuatu dengan seseoran itu mestilah kena dengan keadaan seseorang itu means tengok keadaan orang itu dulu macamana kot-kot dia tengah stress or marah ke kau pergi buat lawak memang tidak kena dengan keadaan lah. Second, bila kau nak berinteraksi mestilah kena ada orang yang nak mendengarnya kan, Si pendengar tu pula ada macam-macam jenis, ada yang jenis ‘tak tahu apa-apa’ jenis yang ‘kena ulang dua kali’ dan jenis yang ‘kena ulang banyak kali’ jadi kenalilah pendengar anda itu ya,heheh.. bila kau nak cakap pula mesti ada macam-macam gaya kan, ada gaya ayat Tanya, ayat jenis arahan, pengharapan, larangan dan seruan dan yang pastinya semua tu ada cara pembawaan ayatmya yang tersendiri, contohlah bilamana kau guna gaya arahan “Ya Allah,ampunilah dosaku” tu arahan jenis doa bilamana kau ingin meminta sesuatu dari yang darjatnya lebih tinggi dari kita yakni Allah s.w.t maka gunalah arahan berbentuk doa.

Itulah contoh gaya-gaya bahasa dalam balaghah..dan berdasarkan kitab ni boleh dirumuskan oleh aku bahawa ilmu yang ada di dalamnya sangatlah berharga bila kita praktikkan dalam percakapan seharian, yang penting muktado hal (kena dengan  keadaan) ..

Tidak dilupakan juga madah ilmu linguistik terapan bahasa arab yang diberi tunjuk ajar oleh Ustaz Firdaus Bin Yahaya, madah Nahu belajar kitab syarh ibn aqil, keseluruhannya ada manfaatnya yang tersendiri, keunikannya yang tersendiri, maka oleh itu belajarlah, tuntutlah ilmu bahasa arab di mana, haha di bumi Unisza, rasai pengalaman untuk belajar berulang-ulang kali sampai terpaksa tahan ‘otak’ kena refresh banyak kali, tak mengapalah semua itu demi ilmu, satu je kau perlu ingat, ilmu bukan untuk dijual beli, juga tidak boleh dibeli dengan begitu sahaja, ilmu itu perlu dicari, sekali kau jumpa jangan pula kau lari, dekati, selami, dan ikhlaskan hati untuk mengamalkannya kerana Allah..
___________________________________________________


Cerita tadi, cerita tadi bukan cerita rekaan, tetapi itu realiti, dan kerana  aku telah hadapi, jadi aku ringankan jari jemari untuk berkongsi dari hati ke hati, aku tidak minta kau, kamu dan mereka ‘terpikat hati’ hanya selama sesaat kau baca dan selepas itu terus lenyap dari hati, yang aku mahu bila kau baca dari hati, hati kau juga mampu bermuhasabah dan mengambil ibrahnya untuk dimanfaatkan sehari-hari..

Hidup ini, hidup ini jika kau hadapi dengan mentaati Ilahi maka hidup kau pasti lebih bererti..
Hidup ini, hidup ini jika kau hadapi dengan berukhuwwah  dengan baik dengan Ibu bapa, ahli keluarga, sanak saudara, guru-guru, kawan-kawan, masyarakat sekeliling tanpa membezakan darjat dan pangkat maka hidup kau pasti diberi erti..

Saudaraku, pandanglah kehidupan ini sebagai satu perjalanan yang panjang, memerlukan pengorbanan .. penuh dengan ujian, hadapinya dengan kegagahan rasa berTuhan.. Semoga Allah mengampuni kekhilafan-kekhilafan aku , kamu dan mereka selama menempuh perjalanan ini..

   ….. wassalam ..

# Ilham dari Ilahi, tinta dari hati.. J

هناك تعليق واحد: