الأحد، 13 سبتمبر 2015

CAtatan mUsafir Jalanan -4


Assalamualaikum..

Setelah sekian lama tidak menapak di ruangan ini, akhirnya hari ini 'ilham dari Ilahi' kembali melintasi hati.. bukan sengaja menggunakan alasan 'malas' tapi kerana aku begitu terkilan melihat pemandangan di 'blogku' ini, sungguh suram tanpa cerita..

Hari ini dan saat ini aku ada satu kisah pendek yang ingin dikongsi, dan dikesempatan ini juga aku cuba untuk mempraktikan gaya bahasa 'uslub balaghah' Bahasa Melayu

dalam satu kisah yang mungkin akan membuatkan sahabat-sahabat semua ketawa atau mungkin juga menangis atau sebaliknya...

__________________________________________________________

Ini cerita tentang aku, tentang aku yang suka bermusafir sejak di tingkatan 1 sehinggalah di tingkatan sekarang atau mungkin juga akan berterusan sehingga berakhirnya usia.. ya, cerita tentang seorang musafir jalanan yang selalu melangkahkan kaki ke tempat duri-duri ilmu, yang selalu menghayunkan tangan melepasi titik demi titik coretan ilmu..

Ku akui, sememangnya seorang musafir itu mestilah sabar dan kuat dalam menempuh perjalanan yang panjang, seperti juga diriku setiap kisah kehidupan yang aku 'ceburi' sedikit sebanyak mengajar aku erti kehidupan sebagai seorang mukmin.. di era yang lepas, manusia 'penghasad' juga pernah menjadi kenalanku begitu juga sahabat-sahabat 'penyayang, pendokong' , murabbi-murabbi 'pembimbing' dan masyarakat 'pemerhati' mereka semua adalah saudaraku , dari merekalah aku belajar untuk 'berinteraksi' dengan serendah-rendah iman ketika ingin berbicara di masa hadapan..

Persekitaran, kata orang persekitaran melambangkan darjat sesebuah kawasan, tapi bagi aku sebaliknya, aku pernah menyelami persekitaran taman-taman ilmu (Sekolah) yang bermacam-macam warna.. bagi aku, setiap Sekolah yang aku pernah duduki semuanya mempunyai keistimewaan yang satu yakni ilmu dunia dan ilmu akhirat, tidak kisahlah persekitaran Sekolah itu kecil atau besar, kemudahannya banyak atau 'zero' asal ada ilmu yang boleh aku ambil dan manfaatkan.. 

Nasihat aku, janganlah merungut di tempat menuntut ilmu..
Saranan aku, merungutlah jika tidak ada lagi tempat yang boleh kau pelajari ilmu..

Saranan aku lagi, jadilah seperti 'spangebob' yang menyerap ilmu walau dimana sahaja tempatnya, contohilah juga Si 'patrick' yang bersedia menerima buruk baik insan lain 'especially' sahabat..
Cubalah juga contohi 'FINAS' yang menapis ilmu yang kurang baik sebelum menyampaikan kepada yang lain..

Dan...
Sekarang, aku sudah berada di fasa yang ketiga di bumi ilmu UniSZA.. dua fasa yang lepas Dia anugerahkan aku berganda-ganda kekuatan yang 'luarbiasa' , yang tidak dapat tidak juga aku telah dapatkannya, kekuatan yang diisi dengan ujian.. mungkin sebelum aku masuk ke alam Universiti dulu kaki aku mudah lembik ketika ditimpa ujian, tapi sekarang tidak lagi, setelah kedua-dua kakiku terjunam ke dalam longkang yang sedalam 12 kilometer sejam, haha.. dari situ baru kutahu kakiku akan selamanya seperti 'besi', walau dihalang jalan tetap maju hati.. 

lagi kisah fasa yang ketiga? haa tunggulah ya selepas berakhir fasa tiga.. 

______________________________________

Sebelum kisah ini melabuhkan tirainya... mai ceq nak habaq sedikit nasihatnya..

Sememangnya..
Sememangnya hendak menjadi seorang penuntut ilmu itu kome perlu ikhlas niat kerana Allah..
Kerana, setiap cabang-cabang ilmu di atas dunia ini adalah milik Allah, yang mengizinkan kita untuk mempelajari ilmu yang baik juga adalah Allah, maka berniatlah ikhlas kerana Allah..

Sememangnya hendak menjadi seorang penuntut ilmu kome perlu sabar..
Kerana, duri-duri ilmu itu akan selalu mencucuk-cucuk di setiap urat saraf jalan permusafiran kome..

Nasihat yang terakhir dari ceq hamba yang hina dina ini..
Selesai kau mengkhatamkan ilmu diperingkat Sekolah ke Universiti ke usahlah kau takbur untuk menutup perjalanan ilmumu sampai ke tahap itu sahaja, belajar lagi dan amalkan lagi .. semakin kau belajar dan belajar maka semakin ariflah kau mengenal Dia Yang Maha Esa..

Sekian..

#Ilham dari Ilahi , tinta dari hati :)

 
 

ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق