الأحد، 10 مايو 2015







Assalamualaikum..
Allah,Allah,Allah,SubhanAllah walhamdulillah wala ilaha illaAllah..
sgt terkesan apbila mmbaca coretan kakakku ini..

Bukan marah ni adik2,nasihat sebab semua kakak dan abang pernah rasa susah masa belajar dulu..
Berniaga dalam asrama, makan kongsi dengan kawan..tak ada duit pun tak sanggup nak minta dengan Ummi Abah sebab ramai lagi adik-beradik yang masih belajar ketika tu, duit hasil berniaga itulah kami kakak dan abang gunakan untuk beli buku..

Dahulu, semasa Umi dan Abah masih ada lagi pun Umi Abah membanting tulang bekerja keras berniaga siang malam semata-mata nak bagi duit kepada anak2 untuk belajar..

Salah satu peristiwa yang memberi kesan di hati seorang anak sehingga ke hari ini ialah masa van excident,Umi Abah tak boleh nak berniaga dah lepas tu,van rosak,tak ada duit..pokok kelapa sawit pun tak ditanam balik lepas excident tu..Masihkah adik-adik ingat saat itu kita sekeluarga 'telan' sahaja makanan apa yang ada ..orang lain yang membeli baju dengan Umi juga berhutang..

 Hingga satu masa arwah Ummi menghubungi abang ngah, sambil menangis sebab tak ada duit untuk makan anak-anak..a.ngah pun bagilah duit dan pesan kat arwah Ummi kalau tak ada duit bagitahu kat a.ngah, "kenapa umi abah tak cakap"?,sebab umi abah tak terfikir pun nak minta duit dengan anak-anak sebab anak-anak masih belajar.. pernah,duit loan untuk k.long gunakan untuk belajar pun bagi kat ummi..ummi sebak ketika luah kat arwah abah..

 Rasa nak cerita semua kesusahan yang pernah dilalui arwah ummi abah supaya adik-adik faham..ketika belajar kenah siap untuk tempuhi segala jenis halangan dan kesusahan, dah kerja nanti itulah hasil usaha kita selama ini,rezeki kita ditangan ALLAH.. berharap kat adik-adik je sekarang supaya belajar rajin-rajin, k.chik nak belajar tak berapo pandai tapi semangat nak belajar tetap ada.. harap boleh belajar sungguh adik-adikku...nasihat sebab sayang <3


#Ummi,Abah..anak ini sentiasa merinduimu..al-fatihah,semoga keluargaku sentiasa sedekahkan ayat2 suci al-quran setiap masa terluang untuk arwah abah n ummi tersayang

#Al-fatihah buat kekasih syurga

ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق