الأربعاء، 4 مارس 2015









setiap orang ada sesuatu yang dia akan pendam sendiri..

setiap orang ada sesuatu yang dia sembunyikan...

setiap orang ada sesuatu yang dia ingin dikongsikan..

walaupun sesiapa dia..

gembira mana pun dia..

walau sekerap mana kita lihat dia tersenyum..

walaupun kata-katanya penuh dengan ketegaran..

dan sentiasa melihatnya sentiasa tabah pasti ada sesuatu perkara yang membuat dia terluka dan tergelincir dalam hidupnya...

mesti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya..

mesti ada sesuatu yang pernah buat dia menangis..

kerana sifat manusia agak berbeza cuma berapa lama ia belarut dalam kesedihan dan bagaimana ia menyelesaikan masalahnya...

lihat Si kecil itu..

sedang gigih untuk terbang lebih tinggi..

sampai masa dia jatuh..

Si kecil itu tetap mengukir senyuman..

kau fikir apa yang Si kecil itu sedang rasa?

kesakitan,ya kesakitan..

kesakitan dalam 'berjuang' ..

kerana 'perjuangan' lah yang membuatkan Si kecil itu tetap tersenyum..

bagaimana pula kita?

cuba kau pegang erat seerat-eratnya konsep redha..

suatu saat..

hati kau pasti bahagia..

bahagia menerima kasih sayang dari Allah :)




ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق