Coretan Musafir Jalanan -part 2
14/3/2015
Aku bangun,
Aku lihat,
suasana pagi ini sungguh 'muram' sekali,
kawasan sekeliling hostel dan penghuni-penghuninya juga sama.
____________
Sedang aku melalui di satu sudut blok asrama,aku lihat seorang hamba Allah itu,yang sedang duduk memencil diri di hostel sana, kelihatan titisan-titisan halus sedang mengalir laju dari kelopak matanya, "assalamualaikum,kalau tidak keberatan boleh saya tahu nama awak apa"?. Sapa aku dengan penuh tanda tanya, dia berpaling kehairanan seolah-olah ada sesuatu yang memberatkan lisannya untuk menjawab.
"Pap,pap", lantai yang agak berdebu itu aku bersihkan, memberi ruang pada diri untuk duduk. "Urm, beginilah, hidup ini ada kalanya susah untuk memujuk hati". Aku memulakan mukadimahku yang pertama. "Bukan memujuk hati orang tetapi diri sendiri". Tiba-tiba Si hamba Allah tadi mencelah dengan nada yang agak sayu. "Jika dikatakan hati sendiri sedang lemah dan tidak kuat pujuklah hati itu dengan seistiqamah yang mungkin, sebab antara kehendak hati dan takdir Allah yang cukup baik itu sentiasa hebat bersaing, dan akhirnya yang menang adalah ketetapan takdir Allah yang sudah tertulis di sana. Di Luh Mahfudz".
"Apabila kehendak diri dan takdir bertembung, lantaran menjadi konflik, sungguh ia amat sakit sekali". Luahnya dengan mimik muka yang agak suram. "Tepat sekali". Jawabku sambil melebarkan senyuman yang tersangatlah manis. Dia menyambung lagi, " Sememangnya perjalanan ini terasa sungguh sunyi, hari-hari yang dilalui terasa sepi, ujian pun silih berganti, tambahan pula permata yang dimiliki selama ini telah pergi menghadap Ilahi". Kelihatan airmata muslimahnya kembali menitis, seolah-olah sudah lama dipendamnya namun sukar untuk diluahkan.
"Mungkin permata yang dimiliki selama ini terpaksa menjauh kerana dirinya bukan milik insan, dirinya milik Allah, namun itu bukanlah salah satu sebab untuk kita terus mengalah, penitian hidup tetap dan mesti diteruskan, walau hanya bersendirian mencari arah tujuan". Ujarku dengan penuh semangat.
Aku meneliti jam ditangan. "Allah,sudah hampir jam 8 pagi". Aku bergegas bangun meminta undur diri. Sedih, tidak sempat untuk mengenalinya dengan lebih dekat, namanya pun tersekat-sekat.
_________
Siapakah hamba Allah itu?. Kitalah, hamba yang kadang-kadangnya kuat kadang-kadangnya lemah. Yang mengaku diri tabah tapi terdapat juga keluh kesah.
_________
Dengan sejuta nota dan pesanan kepada diri "bertabahlah kamu!"
Sungguh..
Dengan ujian kehidupan, ramai yang tertunduk dan terkulai. Lemah tidak bermaya. Hilang motivasi kehidupan. Tidak mampu untuk berdiri. Apatah lagi berlari dengan senyuman bahagia.
Manusia tidak dapat menundukkan kehendak diri dengan akal yang waras mengenai apa yang terjadi. Iman tidak mampu menyelit untuk diberi ruang bersuara. Begitulah apa yang dialami. Tiada kata yang dapat diungkapkan, melainkan berdoa. Berdoa dan terus berdoa..
"Ujian yang kita dapat tu sebenarnya kita boleh hadapi, cuma hati je kena kuat..tekad..okay, chayyok! boleh! teruskan perjuangan" - petikan nasihat dari salah seorang senior.. :)
____________
Allah...
Kuatkan hati ini wahai Tuhan. Kerana tiada siapa tahu kehidupan hamba-Mu ini nanti akhirnya melainkan hanya Engkau.
Hanya Engkau....
#Ilham dari Ilahi, tinta dari hati :')
ليست هناك تعليقات:
إرسال تعليق