الخميس، 12 مارس 2015










            ..Coretan Musafir Jalanan  -part 1..

Hari ini 12,3,2015..
Aku menapakkan kaki ke kelas nahu..
Berbekalkan semangat dan tekad..
Ilmu Nahu pasti ku dapati..
Walau diri tidak terlalu masyi..
Dalam membedah kitab tatbik al sorfi..
______________
Sambil otakku ligat berpusing memikirkan kenderaan apa yang harus aku naiki untuk ke hospital..
Tiba-tiba, ‘dush’ tumbukan lembut singgah di pipi. “Su,nak pergi pukul berapa Hsnz” ? Seorang yang umurnya tua setahun dariku menyapa,Kak Nabila  namanya . Sambil melebarkan senyuman lantas aku menjawab “Owh,yela Kak Nabila insya Allah lepas kelas Nahu”.
            Jam di tangan menunjukkan pukul 9.30 pagi,fikiranku bercelaru, “Ya Allah,sempat atau tidak ni”. Sambil tangan dan matahati khusyuk meneliti kitab tatbik al sorfi. TIba-tiba,“Aiwah,nantahi bihaza al qadar ila tasbih kaffarah wa suratu al-Asr”.
            Keluar sahaja dari kelas kakiku terus menuju ke kereta Kak Nabila. “Kak Nabila,Kak Syahirah dan Faziana ikut sekali ni”. Sambil tanganku menunjuk-nunjuk ke arah dua orang sahabat. “Ya,boleh,apa salahnya”. Jawab Kak Nabila sambil mempelawa aku dan sahabatku untuk memenuhi ruang di dalam keretanya. “AlhamduliLlah,terima kasih Ya Allah kerana telah menghadirkan insan yang ikhlas dalam membantu”,bisik hati kecilku.
__________
            Tepat jam 10.45 pagi kereta kancil berkuasa beta milik Kak Bella diparking bersebelahan jalan Hospital,menandakan kami berempat telah sampai dengan selamat tanpa menempuh ‘drama sesat’. Giliran aku pula mencari klinik ENT (singkatan bagi klinik otorxhinology) . “Assalamualaikum Mak Cik,tau dok mano klinik Doktor Pakar”? . Aku bertanya dengan mimik muka yang agak manis. “Mek jalang seterik belok kanang lepastu depang tu klinik Pakar” .Jawab Mak cik itu dengan penuh profesional. “owh,terima kasih Mak Cik” . Aku meneruskan langkah sambil tersenyum lebar membayangkan gelagat Mak cik yang baik hati tadi.
            “Dub-dab,dub-dab” .Aku menghulurkan surat temujanji dengan penuh debaran di hati. Nombor  giliran yang tertera adalah 7745. “trik-trik,7745 bilik tiga” . Angka giliranku dipanggil.
            “Nama,Siti Suraya kan”? . Soal doktor yang berwajah manis itu. “Ya,saya”,jawabku dengan tenang. Doktor tadi membelek-belek surat temujanji sambil membacanya dengan penuh teliti.
“Sila duduk di ruangan itu”,pintanya sambil menunjukkan tempat yang ‘berisi’ kamera panjang dan televisyen itu. Beliau mencapai sepasang kamera yang pada pandanganku tersangatlah comel (hanya ingin menenangkan hati sendiri). “BismiLlahirahmanirrahim”,perkataan pertama yang dibisik oleh doktor itu sambil memasukkan kamera ke dalam hidungku. “Allah”, airmata muslimahku menitis, memang rasa pedih yang teramat namun kutabahi jua.
            “Nanti adik datang balik temujanji yang seterusnya ya”. Jelas doktor itu sambil menunjukkan tarikh keramat itu. “haa,9 april?” , bisik hatiku dengan nada yang agak terkejut dan mimik muka yang agak selamba. “kelas Nahu,bedah kitab tatbik,kenderaan-kenderaan”, otakku berpusing ligat memikirkan jalan penyelesaian.
_________
            Di kaunter ubat-ubatan, aku lihat bermacam-macam gelagat warga Terengganu, ada yang sedang khusyuk menunggu nombor giliran tidak ketinggalan juga ‘nurse’ penjaga kaunter yang sedang gigih dan teliti memilih ubat-ubatan kepada pesakit. Tiba-tiba “koink” , lampu hospital terpadam. Aku tersentap sambil meneliti jam ditangan yang menunjukkan sudah hampir pukul 12 tengahari. Aku lihat, aku renung, aku muhasabah, apa sebenarnya yang ingin Dia tunjukkan padaku pada waktu itu. Owh, rupa-rupanya ada hikmah disebalik kisah kegelapan kaunter ubat itu, aku lihat misi-misi tidak berganjak dari tempat duduk mereka, tetap teliti membelek-belek slip ubat pesakit tanpa merasa cemas dan terganggu, sekalipun tidak jelas mereka suluh dengan lampu telefon bimbit. Gigihnya mereka kan, dan aku tetap perlu sabar menunggu sehingga ubat kesayanganku dapat kubawa balik UniSZA.
_________
            “Kreh,kreh keh keh” , kereta berkuasa beta Kak Nabila dihidupkan. Lantas memecut laju meninggalkan Hospital Sultanah Nur Zahirah yang sangat jauh pemandangan. Ke ‘roundbord’ kereta itu ‘u-turn’ lantas melalui UniSZA kampus Kota. “AlhamduliLlah, terima kasih Kak Nabila atas jasa baik anda membawa dan menghantar balik kami ke UniSZA” , ujarku sambil menyelitkan sedikit unsur gurauan yang tidak bertauliah”.
________

_ Ibrah atau pengajaran apakah yang aku ingin sampaikan dalam cerita tadi?
  Istiqamah,ya istiqamah, istiqamah dalam melakukan perkara yang baik-baik walaupun sedikit demi sedikit…

 Usaha,ya usaha semampu boleh sehinggalah kau dapat sampai ke tempat yang dituju…

Elakkan berputus asa,ya jangan berputus asa kerana selalu ada jalan bagi orang yang mengenepikan sikap putus asa..

Tabah,ya kau perlu tabah sekalipun kau pernah rebah kerana yakinlah bahawa pasti adanya redha Allah bagi mukmin yang bangkit selepas kalah, tabah selepas mengalah, redha dan istiqamah tanpa pernah mengenal lelah…

# Ilham dari Ilahi, tinta dari hati,yang hanya semata-mata mengharap redha Ilahi J J J


ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق