الخميس، 26 فبراير 2015

















Seorang pakcik, mungkin dalam lingkungan 70an. Jelas urat tangan dan rupanya nampak di mamah usia.
Saya perhati pakcik tua ni nak hidupkan motor. Susah. Di cuba 5, 6 kali. Masih tak dapat. Di cuba lagi tetap tak dapat.
Tak tahu nak membantu macamana. Saya lihat dari jauh.
Motor lampu bulat. Memang biasa di guna di kampung-kampung . Pakcik tadi cuba tolak motor ke depan. Di baiki sikit apa yang perlu.
Tetap tak dapat.
Pakcik...
Cukup buatkan air mata bergenang. Kalau lah tu ayah saya sendiri. Anak-anak tak tahu apa jadi dengan ayah.
Kalau lah anak ayah tahu apa yang terjadi dalam hidup ayah. Kalau lah anak ayah nampak depan mata kesusahan yang ayah alami.
Tapi anak ayah tak nampak semua tu. Anak ayah hanya nampak senyuman ayah di rumah. Anak ayah hanya nampak rezeki yang ayah bawak balik. Ayah selalu bagi duit, ayah beli beras, buah-buahan, lauk-pauk. Anak ayah hanya nampak ayah senang.
Andai anak pakcik tahu...
Pasti akan di balas pengorbanan pakcik. Terima kasih pakcik kerana mengajar saya dalam diam. Pengorbanan ayah memang tiada ganti.
Terima kasih ayah untuk segalanya :')

ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق