Aku menulis memang benar dari hati..
Jiwaku tak tenang kerana hati jauh dari Ilahi..
Pagi2 hatiku susah untuk melawan setan yang berkarat di
hati..
Petang2 hatiku
‘terkapai-kapai’ mencari
iman yang sejati..
Malam2 hatiku kelam mencari cahaya Ilahi..
Aku,ya aku,aku juga manusia …
Aku,ya aku,aku juga hamba kepada Pencipta..
Kadang2 hatiku rapuh..
Kadang2 hatiku kelam..
Hisab diri..
Apa dosaku pada Ilahi?
Apa kesilapanku pada manusia?
Oh..
AstaghfiruLlahalazim..
Aku malas,ya aku pemalas..
Malas dalam ‘beristiqamah’..
Aku hilang arah..
Saat..
Allah uji aku dengan kesakitan ..
Aku kembali padaNya..
Allah uji aku dengan kesembuhan..
Aku kembali menjarakkan diri dariNya..
Allah uji aku dengan nikmat..
Aku lupa untuk memanfaatkannya..
Allah hadiahkan aku
permata yang berbalut plastik sampah..
Aku sepahkan dengan riyak dan keluh kesah..
Lalu hisab diri..
Layakkah aku menjadi mujahadah harapan ummah?
Layakkah aku bertapak di bumi Ilahi sedangkan diri
kadang2 terpeleset dengan kelemahan hati..
Layakkah aku menggapai redha Ilahi?
Sedangkan kejian dan cacian manusia pun kau balasi?
Hisab,hisab,hisab diri..
Kemana harus kau pergi jika istiqamah pun kau tolak ke
tepi..
Sekian..
Dari
Hati yang mendamba redha ILAHI J
ليست هناك تعليقات:
إرسال تعليق